The use of Plant Growth-Promoting Rhizobacteria (PGPR) as a biofertiliser was proven to be successful in the optimisation of plant growth and yield. A field experiment was conducted to evaluate the effectiveness of the PGPR on okra growth, physiology, yield and soil physicochemical properties. The okra was planted and fertilised with organic material (goat dung) at 500 g/plant, NPK fertiliser at 100 g/plant (T1) and 70 g/plant for T2, T3, T4 and T5, respectively. The BRIS soil isolated PGPR, namely UA 1 (Paraburkholderia unamae), UA 6 (Bacillus amyloliquefaciens) and UAA 2 (Enterobacter asburiae) propagated in 6% molasses medium were inoculated with the amount of 40 mL for single strain treatment (T2-T4) and 15 mL of each bacterial inoculum for mixed strains treatment (T5). Results showed that inoculation with PGPR in single or mixed strains has significantly decreased the use of 30% NPK fertiliser and promoted okra growth, physiology, yield and soil chemical properties and bacterial count. Mixed strains (T5) have significantly shown the highest performance with increments of 27.85% of leaf number, 28.56% of okra number, 27.90% of yield per plant and 25.83% of plant total dry biomass. The plant net photosynthesis treated with mixed strains also recorded a 5.27% increment with 26.96% of nitrogen content and 22.79% bacteria count in the soil. The findings of this study suggested that the BRIS soil PGPR inoculants may reduce the amount of chemical fertiliser and have a significant potential to be used as biofertiliser in sustainable agriculture to increase plant growth and yield and soil fertility.
Penggunaan bakteria rizobakteria penggalak pertumbuhan tanaman (PGPR) sebagai baja biologi telah terbukti berjaya dalam pengoptimuman pertumbuhan dan hasil tanaman. Satu eksperimen lapangan telah dijalankan untuk menilai keberkesanan PGPR terhadap pertumbuhan, fisiologi, hasil dan sifat fiziko-kimia tanah okra. Okra ditanam dan dibaja dengan bahan organik (najis kambing) sebanyak 500 g/tumbuhan, baja NPK masingmasing sebanyak 100 g/tumbuhan (T1) dan 70 g/tumbuhan untuk T2, T3, T4 dan T5. PGPR yang diasingkan dari tanah BRIS, iaitu UA 1 (Paraburkholderia unamae), UA 6 (Bacillus amyloliquefaciens) dan UAA 2 (Enterobacter asburiae) yang dibiakkan dalam medium molases 6% diinokulasi dengan sebanyak 40 mL untuk rawatan strain tunggal (T2–T4) dan 15 mL bagi setiap inokulum bakteria untuk rawatan strain campuran (T5). Keputusan menunjukkan bahawa inokulasi dengan PGPR dalam strain tunggal atau campuran telah mengurangkan secara signifikan penggunaan 30% baja NPK dan mempromosikan pertumbuhan, fisiologi, hasil dan sifat kimia tanah serta jumlah bakteria. Strain campuran (T5) telah menunjukkan prestasi tertinggi dengan peningkatan 27.85% dalam bilangan daun, 28.56% dan 27.90% dalam bilangan dan hasil okra setiap pokok dan 25.83% dalam jumlah bahan kering keseluruhan pokok. Fotosintesis bersih pokok yang dirawat dengan strain campuran juga mencatat peningkatan 5.27% dengan kandungan nitrogen sebanyak 26.96% dan jumlah bakteria dalam tanah sebanyak 22.79%. Penemuan kajian ini mencadangkan bahawa inokulan PGPR tanah BRIS mungkin mengurangkan jumlah baja kimia dan mempunyai potensi yang signifikan untuk digunakan sebagai baja biologi dalam pertanian lestari untuk meningkatkan pertumbuhan pokok, hasil, dan kesuburan tanah.
Keywords: BRIS Soil; Biofertiliser; Chemical Fertiliser; Microbial Consortium; PGPR.
© Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2025.